Ruang - 20 Inspirasi Ruang Tamu Menawan Di Aidilfitri - Page 7 of 20 - Glam Malaysia

Ruang – 20 Inspirasi Ruang Tamu Menawan Di Aidilfitri

Ruang tamu, ruang sosial seisi penghuni untuk bersantai bersama keluarga atau meraikan tetamu. Menjelang Syawal, GLAM Deko himpunkan gambar-gambar dekor dan reka bentuk ruang tamu ilham pereka-pereka terkenal dunia sebagai inspirasi menghias. Tidak semestinya semua perlu ditukar baru, hanya bertukar reka letak, memperbaharui kemasan fabrik dan kehadiran aksesori seperti dulang, pemegang kaki lilin dan pasu-pasu kecil buat pembangkit seri ruang.

 

 

Slide untuk lihat gambar :-

7 of 20
Use your ← → (arrow) keys to browse

Satu ruang yang memberi inspirasi luar biasa di ruang lobi Hotel Proper, San Francisco. Struktur seni bina hotel berbentul flatiron dibina pada tahun 1926. Pereka memilih lapisan geometrik kompleks dengan percanggahan banyak elemen dan paten termasuk floral, organik dan geometri. Reka bentuk perabot datang dari pelbagai era bermula dari modernisme hingga ke era flora Victoria membentuk satu ruang eklektik.

 

Rekaan Kelly Wearstler.