Ruang – 20 Inspirasi Ruang Tamu Menawan Di Aidilfitri

Ruang tamu, ruang sosial seisi penghuni untuk bersantai bersama keluarga atau meraikan tetamu. Menjelang Syawal, GLAM Deko himpunkan gambar-gambar dekor dan reka bentuk ruang tamu ilham pereka-pereka terkenal dunia sebagai inspirasi menghias. Tidak semestinya semua perlu ditukar baru, hanya bertukar reka letak, memperbaharui kemasan fabrik dan kehadiran aksesori seperti dulang, pemegang kaki lilin dan pasu-pasu kecil buat pembangkit seri ruang.

 

 

Slide untuk lihat gambar :-

14 of 20
Use your ← → (arrow) keys to browse

Gabungan bahan kayu dan kulit sebagai tunjang dekor ruang tamu kolonial di Los Angeles ini. Kerusi berlengan dalam reka bentuk moden unik dan lukisan abstrak merah putih bertindak menyuntik dimensi segar pada ruang mendatar.

 

Rekaan Dan Scotti Design.