Kediaman – Pesona Mewah & Elegan

Penyelaras & Teks : Shahril Hadi Halim
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Jabir Suhirlan (ShutterStudio)

 

Saat personaliti beridea kreatif To’ Puan Seri Wan Hibatul Hidayah Wan Ismail memberi keizinan untuk kami memotretkan kediamannya, saya begitu teruja. Di bawah kesuraman cahaya malam, mahligai ini kelihatan begitu gah dalam gaya opulence tersendiri. Tidak mudah untuk kami mendapat peluang sebegini, namun akhirnya Hidayah sudi meluangkan masanya untuk kami.

 

Ketulusan cintanya pada seni hiasan dalaman begitu terserlah setiap dia berbicara mengenai setiap ruang dan barangan yang melengkapi kediaman. Tambahan pula, dia bakal berhijrah ke Timur Tengah untuk urusan perniagaan, dia memilih untuk tidak membiarkan ‘cintanya’ lenyap dan pergi begitu sahaja.

 

Sejurus memasuki kediaman tadi, saya disambut ruang foyer yang menyerlahkan citarasa mewah pemilik kediaman.

 

“Saya terinspirasi oleh gaya Kelly Wearstler saat menyiapkan ruang ini. Secara amnya, gaya penataan kediaman ini adalah pertembungan antara New York dan Paris, dua kota tersohor dunia. Elemen mewah Paris yang diadun bersama idea romantiknya, Josephine Bonarparte dan kemudian saya perhalusi dengan suntikkan identiti ala Sarah Jessica Parker. A little classic with a twist of modernity,” beritahu Hidayah.

 

Lari dari takrifan tipikal mewah yang sarat ukiran bersepuh emas, ia jelas hadir dalam identiti tersendiri. Idea penataan diselarikan dengan faktor – faktor lain yang menyumbang agar segalanya tampil harmoni. Dia memilih untuk menata sendiri setiap ruang turut dibantu Sophiane yakni pemilik butik perabot The Address.

 

Antara yang menjadikan kediaman ini tampil harmoni adalah pemilihan skema warnanya.

 

“Satu yang tidak anda akan temui di kediaman ini adalah rona bumi kerana saya mahu lari dari kebiasaan. Oleh kerana kediaman ini memiliki banyak sumber pencahayaan semulajadi saya memilih mengalirkan elemen dari luar sebagai cara memilih skema warna. Untuk ruang tamu ini, hijau dan biru menjadi pilihan kerana ia warna kegemaran suami. Ternyata percaturan ini menjadi kerana ia sedikit sebanyak dipengaruhi pemandangan dari kolam renang dan padang golf yang dapat dilihat terus dari kaca tingkap ini.”

 

Apabila ditanya mengenai ruang peribadi kegemarannya, dia lantas membawa saya melihat foyer yang menghubungkan ruang tamu ke ruang makan. Palitan rona hijau zaitun bertekstur menjadi dasar buat aturan aneka lukisan bermotif flora yang menjadi koleksi peribadinya.

 

 

Slide untuk lihat gambar. 

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ruang tamu dipelopori mainan palet mewah yang terinspirasi dalam persekitaran sekeliling menjadi tunjang utama selain pilihan kemasan yang elegan dan mewah seperti baldu berkemilau.