Mini Perpustakaan Wajib Ada di Setiap Kediaman Moden - Glam Malaysia

Mini Perpustakaan Wajib Ada di Setiap Kediaman Moden

Buat pencinta buku, memiliki pojok bacaan di kediaman cukup menggembirakan sanubari. Ruang membaca perlu kemasukan cahaya semulajadi yang secukupnya, oleh itu ruang ini elok dibina bersebelahan panel tingkap. Gunakan rekaan kerusi otoman sebagai ruang duduk-duduk. Meja tepi buatan bahan besi atau keluli untuk meletakkan jus atau kopi peneman sesi membaca menambah gaya ruang. Bagi ruang sempit, pilih rak buku multi fungsi yang bertindak sebagai panel pemisah antara ruang.

 

[soliloquy slug=”mini-library-ideas”]