Inspirasi – Nurseri True Thompson Puteri Sulung Khloe Kardashian

Isnin lalu, bintang program realiti televisyen paling popular di dunia, Khloe Kardashian berkongsi gambar dekorasi nurseri puteri sulungnya, True Thompson.

 

Khloe menghias nurseri True serba merah jambu. Khloe turut mengambil beberapa tips dan nasihat dari kakak – kakaknya yakni Kourtney dan Kim Kardashian dalam menghias nurseri.

 

“Saya obses dengan rekaan katil bayi Lucite Vetro Crib daripada Nursery Works. Ia kelihatan feminin dalam masa sama cool yang masih membawakan ritma dekorasi nurseri. Kim menggunakan rekaan katil yang sama, dan saya mempercayai kebolehan produk yang dia suka,” jelas Khloe menerusi aplikasinya.

 

Gambar nurseri True Thompson, puteri sulung Khloe Kardashian yang disiarkan di aplikasinya.

 

Kim menggunakan rekaan katil bayi akrilik untuk ketiga-tiga anaknya. Selain rekaan yang menawan dan moden, katil bayi ini memberi pandangan jelas ruang di dalam katil agar ibu bapa dapat memantau bayi tanpa sebarang halangan.

 

Khloe turut menghias bilik anaknya menggunakan perhiasan gantung  rama-rama (butterfly mobile) berwarna merah jambu yang juga dimiliki oleh bayi perempuan Kylie Jenner, Stormi. Dekorasi nurseri Khloe kelihatan minimal dan praktikal. Warna dinding merah jambu menjadi fokal warna untuk aksesori lain termasuk hamparan permaidani, cadar katil bercorak swan dan kabinet putih yang diatur disebalik ruang nurseri.

 

   Nursery Works Vetro Crib Clear, ASD4,500.

 

Malah, True juga antara bayi bertuah kerana mempunyai selimut Hermes di katil bayi. Nurseri True Thompson dianggarkan mencecah ASD90, 000.

 

Sumber artikel elledecor.com