GLAM Deko Trend – Piuter Royal Selangor

Gambar : Royal Selangor

 

Wujud sejak 1885, pengeluar piuter berprestij, Royal Selangor telah mencipta ribuan rangkaian aksesori piuter bergaya untuk kediaman dan kegunaan komersial. Royal Selangor berjaya melebarkan legasi sehingga peringkat antarabangsa menerusi ketelitian ketukangan tradisional, reka bentuk malar segar dan gilapan piuter berpengalaman.

 

Memecah dimensi reka bentuk sedia kala, koleksi Circa, menyaksikan Royal Selangor menggabungkan kehangatan kayu dan kemasan elegan piuter dalam satu rekaan. Hadir dalam rekaan penyeri meja makan termasuk dulang keju, pelapik botol, mangkuk salad, pengisar rempah, bekas garam dan lada hitam, tidak ketinggalan aksesori pasu – siri Stripes terhasil daripada penggunaan bahan kayu jenis Kulim dan kayu getah cerah bagi membentuk paten jejalur natural. Kemasan piuter legap mengelilingi bibir setiap aksesori menyempurnakan keseluruhan rekaan.

 

Buat yang mahukan serba minimal dan maskulin, koleksi Circa turut dipersembah dalam hitam legap. Kemasan piuter dikekalkan cerminan identiti tegar jenama tempatan ini.

 

Kunjngi pengedar sah Royal Selangor seluruh Malaysia atau layari royalselangor.com

 

5 of 6

 

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone