GLAM Deko Diari : 7 Set Dekor Terbaik Tercalon Anugerah Emmy ke-69

Anugerah Emmy ke-69 telah berlangsung pada 17 September lalu dengan penuh gilang-gemilang. Seperti selalunya, tuan pengarah bersama aktor dan aktres yang sering mendapat perhatian. GLAM Deko kongsikan pereka set berbakat yang layak tercalon sebagai Set Dekorasi Terbaik untuk Siri Dokumentari & Drama TV Anugerah Emmy kali ini.

 

 

  1. Laura Casalini, “The Young Pope.”

 

Laura Casalini berasal dari Turin, Italy. Jadi tidak hairan, dia pakar dalam reka bentuk set negara-negara bersejarah sekitar Eropah. Sebagai pereka set untuk The Young Pope, Casalini bersama pasukan produksinya telah mencipta semula beberapa bahagian di Vatican Rome’s Cinecitta Studios, termasuklah replika lengkap Sistine Chapel.

 

 

2. Jess Royal, “Stranger Things.”

 

Jess Royal membawa penonton Stranger Things kembali ke era kehidupan bandar lama sekitar tahun 80-an. Kelam dan suram bertemakan aktiviti paranormal, Royal juga membina ruang komunikasi untuk karakter anak lelaki Winona Ryder yang hilang, Will. Royal sebelum ini turut terlibat dalam pembinaan set siri televisyen The Vampire Diaries dan The Spectacular Now.

 

 

3. Sophie Neudorfer, “The Handmaid’s Tale”

 

Pereka kelahiran Austria ini, Neudorfer pernah mereka set untuk filem-filem seperti The Conjuring dan The Last Witch Hunter. Neudorfer juga bekerja dalam klip video, Girl Stupid untuk penyanyi Pink.

 

 

4. Jennifer Mueller, “Silicon Valley”

 

Silicon Valley, siri fiksyen, diilhamkan Mueller bersama pereka, Mike Judge sebagai jurutera Bay Area pada tahun 80-an. Set dibina setepat mungkin, melibatkan Mueller dan pasukannya kembara merentasi rantau, melihat beribu-ribu imej sebagai rujukan dan melihat dengan teliti apa yang dilakukan oleh orang-orang yang bekerja di bahagian teknologi di meja kerja mereka. Mueller dan pasukannya turut tercalon untuk siri televisyen “Success Failure,” episod ke-4.

 

 

5. Celia Bobak, “The Crown”

 

Bobak, nama yang cukup dikenali dalam dunia reka bentuk set perfileman. Dia pernah tercalon untuk dua Anugerah Akademi untuk The Phantom of the Opera dan The Martian. Manakala, Anugerah Emmy tahun ini, karya Bobak dilihat cukup luar biasa dan mengagumkan untuk siri The Crown’s, episod “Smoke and Mirrors.

 

 

6. Christopher Carlson, “Grace and Frankie”

 

Di dalam Grace and Frankie, pasukan Carlson melakukan kerja menakjubkan dalam penghasilan latar belakang set yang digelar straight-up hilarious and refreshingly honest. Musim ke-3 episod, The Burglary’ siri ini juga turut tercalon untuk Anugerah Emmy tahun ini. Set dekorasi rekaan Carlson juga pernah dilihat di dalam filem The Hunger Games (Bahagian 1, 2 dan Catching Fire), rancangan TV Dexter dan Modern Family.

 

 

7. Kimberly Wannop

 

Wannop sememangnya terkenal dalam penciptaan set siri komedi termasuk Brooklyn Nine-Nine, Parks and Recreation, dan Veep. 

 

Sumber : elledecor.com

 

 

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone