GLAM Deko Trend – Gajet Pilihan

 

 

Kemilau Swarovski penyeri gaya memberikan ilham fesyen buat gajet kegunaan anda. 

Semestinya perlindungan untuk telefon menjadi keutamaan anda. Jenama Otterbox tidak lagi perlu pengenalan. Seiring pelancaran Iphone 7 dan Iphone 7 plus tahun lalu, Otterbox kini hadir dengan sarung telefon bimbit lengkap bertatahkan permata swarovski yakni rangkaian Symmetry Series untuk mereka yang bercita rasa tinggi.

 
Hadir dalam tiga pilihan warna berbeza, hitam dan biru membawakan gaya ombre pada susun atur swarovski yang diletakkan di bahagian belakang manakala istimewa untuk edisi rona ungu, corak seakan geometri mencipta gaya tersendiri. Tidak hanya bergaya, ia mampu melindungi telefon anda dari terkesan apabila mengalami gegaran, lambungan juga terjatuh. Ujian juga telah dilakukan untuk memastikan ia mampu menangani kesan terhadap losen tangan, alat solek, geseran padan poket seluar denim serta peluh. Turut hadir bersama sarung ini adalah  pelindung skrin kaca Alpha Glass untuk  permukaan telefon bimbit anda.

 
Dapatkan seleksi produk ini juga aksesori lain daripada jenama Otterbox dengan berkunjung ke kedai aksesori telefon bimbit berdekatan. Layari otterbox.asia. untuk pesanan dalam talian.

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone