5 Insta Deko Mesti Follow!

One Kings Lane resize

https://www.instagram.com/onekingslane/

 

  1. One Kings Lane

 

Anda boleh menceduk pelbagai jenis gaya dan ragam dekorasi paling bergaya dan terkini untuk setiap ruang yang ada di kediaman. Tidak hanya memuat naik gambar-gambar dekor, malah video – video DIY, cara menggayakan ruang seperti ruang tamu, reka bentuk sofa, trick bermain corak fabrik boleh dilihat.

 

Verandah resize

https://www.instagram.com/verandahhouse/

2. Verandah House

 

Dikendalikan oleh mother and daughter duo, Judy Elliott dan Jess Bandiera berasal dari bumi kangaru, Brisbane, Australia. Akaun instagram ini menunjukkan fotografi interior dan seni bina sekitar Australia dalam gaya Queensland. Jenama ini turut memberikan khidmat pakar dekorasi, seni bina dan hias dalaman. Studio reka bentuk Verandah House terletak di 92 Petrie Terrace, Brisbane.

 

Untitled 1

https://www.instagram.com/laureahomefurnishing/

 

3. Laurea Home Furnishing

 

Memberikan khidmat ubah suai, seni bina, dekorasi hias dalaman dan kemasan lembut, Laurea Home Furnishing diasaskan oleh Siti Hawa Ismail. Anda boleh melihat hasil-hasil projek kendalian Laurea Home Furnishing dan  rekaan perabot dan fabrik.  Laurea Home Furnishing juga pakar dalam reka bentuk wood paneling dan wainscoting.

 

Zeynep resize

https://www.instagram.com/zeynepshome/

 

 

4. Zeynep Home

 

Ibu kepada 3 orang anak ini meluahkan segala minat dan jiwa pada dunia seni dekorasi menerusi akaun insta ini. Banyak berkongsi mengenai susun atur dan rekaan aksesori hiasan meja trend semasa, Zeynep berbakat dalam table décor setting.  Zeynep juga tidak lokek memaparkan dekor kediamannya yang banyak bermain aksesori perak dan tembaga.

 

English Home resize

https://www.instagram.com/englishhomes/

 

5. English Homes

 

Ribuan gambar inspirasi pelbagai sudut kediaman berunsurkan moden Inggeris, klasik Inggeris, rustik English, Inggeris industrial, kolonial Inggeris dan Inggeris kontemporari. Jangan ingat konsep Inggeris hanya bermain motif bunga-bungaan ros merah semata. Akaun ini banyak mengajar bagaimana mencapai the right look of English décor.

 

 

 

Peminat dunia dekorasi dan industri reka bentuk perabot boleh hashtag #glamdekomy untuk apa jua gambar inspirasi dekor menarik dan bergaya seluruh dunia.

 

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone