Santai di Samui - Glam Malaysia

Santai di Samui

 
Lanjutan kepada rencana Selinap ke Samui dalam edisi Disember 2014, GLAM turut berpeluang meninjau beberapa resort yang  terpilih sebagai yang terbaik di pulau selatan Thailand ini. Koh Samui cukup terkenal dengan keindahan pantai serta khidmat ramah industri pelancongannya membuatkan ia sebagai destinasi impian mereka yang ingin lari dari hiruk pikuk kota sambil menikmati segala keistimewaan yang menanti di pulau ini.
 
GLAM memulakan langkah di Four Seasons Samui yang terletak di bahagian kurang sibuk pulau itu iaitu di Laem Yai. Menjejakkan kaki ke ruang legar eksklusifnya sudah cukup untuk membawa anda terasa seperti berada di sebuah pulau persendirian. Seluruh Koh Samui yang anda lihat sebelum tiba tidak lagi berlegar dalam ingatan kerana hanya anda, resort dan petugas yang cukup mesra akan melayan anda bak raja. Anda dibawa ke bilik penginapan iaitu antara 73 vila yang juga dilengkapi dengan infinity pool dan pelbagai kemudahan asas.
 
Terletak di kawasan kurang padat dan berbukit bukau berdepan dengan Teluk Siam, vila Four Seasons terbahagi kepada Beach Villa, Beachfront Villa, Premier One-Bedroom Villa, One-Bedroom Villa dan juga barisan residensi yang menawarkan penginapan jangka masa lebih panjang dari pengunjung biasa. Kala bersantai ambil masa untuk ke pantai persendiriannya, nikmati urutan signature di spa, berpeluh kala bermain tenis atau tarikan terbaru di sini sesi Muay Thai di mana tetamu boleh pelajari seni dan teknik dengan jurulatih profesional.
 
four1 four2 four3 four4

See also
GLAM Raya: Iklan Raya Tempatan 2017
Foto: The Four Seasons Samui & GLAM

 
 
Satu lagi resort yang menjadi bualan ramai di Samui adalah W Retreat yang menyerikan kawasan pantai sebelah utara antara Mae Nam dan Bo Phut. Kala dibawa ke bilik penginapan yang juga berkonsepkan vila yang lengkap dengan kolam renang dan ruang santai yang selesa, konsep moden yang diketengahkan turut membuat pengunjung seolah-olah tidak mahu meninggalkan oasis private ini. Lebih mengujakan jika inginkan snek bar yang terletak di beberapa lokasi strategik menawarkan free flow minuman dan juga ais krim buat tetamunya. W Retreat juga menawarkan rangkaian outlet makanan hebat termasuk restoran Jepun Namu dan The Kitchen Table yang mengetengahkan konsep open kitchen.
 
Anda juga boleh bersantai di tepi pantai persendirian resort ini pada waktu malam dan menonton wayang pada hari-hari tertentu. Atau nikmati sesi spa unik W yang menawarkan pengalaman rejuvenasi bermula daripada suasana tenang dan zen, menu sihat dan juga aneka menu urutan untuk dicuba. Panjangkan lagi langkah dengan merasai sendiri aktiviti yang disediakan W bagi anda yang bersemangat untuk eksplorasi alam semula jadi Samui.

 

 

w4w1 w3

Foto: W Retreat Samui & GLAM

 
 
Jika inginkan resort yang lebih santai yang terletak di tengah-tengah kawasan pantai Lamai menanti kunjungan anda yang gemarkan resort sederhana tetapi masih menawarkan kemudahan lengkap. Tempah segera di Pavilion Samui Boutique Resort jika ke pulau ketiga terbesar di Thailand ini punya pesonanya yang tersendiri.
 
Penginapan terbahagi kepada Deluxe Jacuzzi Room, Family Jacuzzi Suite, Grand Pool Villa, Grand Villa Beach Front, Hydro Pool Villa dan Plunge Pool Suite. Ketenangan yang ditawarkan Pavilion dengan dekorasi berkonsepkan Tropical Thai dilengkapi dengan binaan inspirasi gabungan oriental dan industrial menjadikan resort diserikan dengan 100 meter kawasan pantai luas untuk nikmati percutian yang cukup menenangkan dan menepati cita rasa.
 
Tak perlu pergi jauh kerana restoran The Patio menawarkan menu yang pelbagai daripada hidangan selera Itali dan juga cita rasa Thai sepanjang hari. Jika ingin bersantai sambil menikmati keindahan laut membiru di depan mata, The Look-Out Bar sedia melayan dahaga anda. Bagi yang ingin tubuh dibelai manja, Spavilion menanti dengan khidmat spa tropika buat tetamunya.
 
pavi1 pavi2 pavi3 pavi4

See also
Impian Krismas Sempurna Dengan Diamond & Platinum
Foto: Pavilion Samui Boutique Resort

 
 
Berada di tengah-tengah kesibukan Pantai Chaweng yang padat dengan pelbagai pilihan penginapan dan juga pusat komersial pulai ini, The Library sememangnya stand-out berbekal konsep unik yang diketengahkan membuat ia sentiasa full house sepanjang tahun.
 
Bukan sekadar menawarkan konsep literasi dalam penjenamaan hotel ini, The Library juga mempersembahkan keunikannya dalam dekorasi moden avant garde serta khidmat ramah mesranya. Ia juga pernah meraih World’s 15 Most Spectacular Swimming Pools oleh CNN Go dan juga Top 10 Breathtaking Hotel Pools 2010-11. Turut membuat The Library lebih istimewa adalah perpustakaannya yang dilengkapi aneka sastera menarik dan juga dua outlet food & beverage yang diakui antara terbaik di Samui iaitu The Page & The Beach Bar serta Drink Gallery yang menawarkan menu fusion dengan suntikan selera tempatan.
 
Selain kolam renang berjubin merahnya yang popular, resort ini turut mencipta keunikan seperti sarapan atas tilam di tepi pantai (breakfast in bed on the beach) serta pengalaman makan malam berangkai yang bermula dari pembuka selera di pantai, diikuti dengan makan malam di restoran The Page dan berakhir di Drink Gallery.
 
lib1 lib2lib4lib3

See also
A-List GLAM: Jane Chuck
Foto: The Library

 
 
Antara resort yang pasti memikat anda yang bercuti bersama keluarga atau bersama beberapa rakan tentunya inginkan vila yang menawarkan dua atau tiga bilik berasingan tetapi masih berada dalam kompaun yang sama bukan? Jadi Kanda Residence adalah antara pilihan yang sesuai. Selesa dan tenang, barangkali anda juga tak perlu keluar dari vila kerana ia sudah lengkap atau staf yang mesra akan datang berikan khidmat seperti urutan, memasak dan servis lain yang ditawarkan resort ini.

 

kanda1 kanda2

 

Foto: Kanda Residence Samui