Hotel-Hotel Butik Unik Bernada Mewah di Malaysia

Hotel-Hotel Butik Unik Bernada Mewah di Malaysia

Seperti yang diketahu ramai, hotel butik merupakan penginapan yang mempunyai bilangan bilik yang kecil, kebiasaanya 10 hingga 100 bilik sahaja. Lazimnya, hotel butik mempunyai tema atau vibe unik tersendiri be it era Victorian, tropikal mahupun minimalis.

 

Hotel-hotel butik banyak muncul sejak kebelakangan ini bagai cendawan selepas hujan, terutamanya di destinasi fokus seperti metropolitan yang sibuk dan pulau indah. Malaysia mempunyai berpuluh-puluh hotel butik yang GLAM syorkan kamu lawat. Meski bulan madu, mahupun self-treats, pasti ada satu yang menambat hati si pengembara gaya mewah!

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

 

1. Cheong Fatt Tze Mansion (George Town, Penang)

Terletak di hati bandar George Town, Penang, rumah ini menonjol dari jiran-jiran lain kerana cat biru indigo yang salutinya. Vibe misteri dipancarkan rumah ini, dengan halaman bercirikan motif Cina, rumah ini dibaik pulih baru-baru ini.

 

 

Dibina pada 1880an, Cheong Fatt Tze Mansion mengandungi 38 bilik, lima halaman bebrbatu granit, tujuh buah tangga serta 220 jendela kayu.  Karakter bangunan ini mencerminkan penghujung awal abad ke-19. Siling tinggi di samping beranda berlampu di sekeliling halaman dan motif digunakan di pintu dan tingkap sememangnya melambangkan dekor pada zaman dahulu.

See also
Lima Restoran Michelin Brazil