GLAM Berkongsi Tujuh Alasan Mengapa Memilih Sheraton Petaling Jaya

Gaya Hidup

GLAM Berkongsi Tujuh Alasan Mengapa Memilih Sheraton Petaling Jaya

187

 

Siapa yang tidak menginginkan cuti? Lebih menyakitkan pabila anda terjebak di pejabat dan menilik lama sosial Instagram dan melihat foto-foto menarik rakan sekerja yang senang bercuti. Lupakan sebentar idea untuk mengemas bagasi dan melalui proses percutian yang rumit. Apa kata staycation sahaja yakni bercuti tanpa meninggalkan negara?

 

Sheraton Petaling Jaya sebuah hotel lengkap dengan 253 buah bilik bertaraf lima bintang yakni hotel rangkaian antarabangsa terkini telah beroperasi sepenuhnya di Petaling Jaya (PJ). Berlabuh di lokasi paling startegik dan mempunyai reputasi yang cemerlang dalam menyediakan kualiti perkhidmatan termasuk  penyediaan gastronomi bertaraf dunia. Indah pabila segala-galanya tersedia dibawah satu bumbung untuk anda.

 

 

  1. Lokasi stategik

Berbicara mengenai lokasi, Sheraton PJ terletak di tengah-tengah lebuh raya utama yakni lebuhraya Persekutuan. Dengan bangunan mercu yang mewah, Sheraton PJ boleh diakses dengan mudah dan ia menepati segala yang anda perlukan.

 

  1. Seleksi restoran citarasa lokal

Menampilkan beberapa restoran seperti Feast, sesuai untuk dinikmati bersama keluarga. Rasa antarabangsa dipamerkan pada bufet  dengan pelbagai paparan visual yang menakjubkan.

 

  1. Kemudahan pusat kecergasan 24 jam

Buat anda yang sibuk, usah risau jika tidak punya kesempatan untuk berkunjung ke gimnasium kerana di Sheraton PJ, anda boleh mengakses gimnasium yang dibuka 24 jam.

 

  1. Sesi afternoon tea

Nikmati seleksi teh dan kepelbagaian aneka manisan pada sesi afternoon tea di [email protected]

 

 

  1. Restoran bertaraf antarabangsa

Tidak hanya menyediakan seleksi lokal, jika anda penggemar masakan Jepun , kunjungi sahaja restoran Miyabi dan Yue Chinese.

MIYABI

Yue Chinese Restaurant

  1. Ruang dewan kepelbagaian guna

Menyediakan dewan serbaguna yang luas, terdiri daripada 14 ruang majlis dan mampu menempatkan hampir 1,300 org di dalam dewan utama. Namakan sahaja keperluan anda.

  1. Santai di Sala Bar

Usai waktu kerja atau matahari terbenam, Sala Bar yang terletak di bahagian paling atas menawarkan panorama landskap indah Petaling Jaya.

 

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *