Tommy Hilfiger x Gigi Hadid Diteruskan Untuk Dua Musim Lagi - Glam Malaysia

Tommy Hilfiger x Gigi Hadid Diteruskan Untuk Dua Musim Lagi

Insta-Model Gigi Hadid dilaporkan bakal berkolaborasi dengan Tommy Hilfiger untuk dua musim lagi selain daripada peranannya sebagai duta global jenama tersebut.

 

Ikutan sambutan yang positif daripada dua koleksi kolaborasi Hadid bersama Hilfiger sebelum ini, model tersebut akan kekal membantu dalam proses rekaan koleksi mereka yang seterusnya untuk dua musim akan datang ini.

 

“Gigi adalah satu kuasa dalam industri fesyen dan seorang Tommy Girl yang muktamad. Sifat positif dan rendah dirinya dan stail effortless Gigi juga berterusan menambat peminatnya di seantero dunia. Saya sangat menyukai waktu mereka koleksi-koleksi Tommy x Gigi bersamanya dan saya ingin meneruskan kerjasama kami untuk setahun lagi,” nyata Tommy Hilfiger sendiri.

 

Hadid juga memberikan komitmen sepenuhnya dalam mempromosikan koleksi Tommy x Gigi di serata dunia dengan mempersembahkan sendiri koleksi-koleksi tersebut.

See also
Perpustakaan Terindah di Dunia : Klementinum, Prague

 

“Ia ibarat impian menjadi kenyataan untuk bekerjasama dengan TOmmy Hilfiger, sebuah jenama yang saya sangat suka dan telah meminati seumur hidup saya,” jelas Hadid. “Kolaborasi dengan Tommy merupakan pengenalan kepada dunia rekaan yang penuh inspirasi dan hebat. Kami amat suka mempersembahkan koleksi kami kepada peminat-peminat kami di pentas peragaan untuk setiap musim.”