Nafas Baru Clare Waight Keller Mengangkat Status Glamor Givenchy

Nafas Baru Clare Waight Keller Mengangkat Status Glamor Givenchy

[envira-gallery id=”76987″]

Koleksi kedua (koleksi adi busana pertama) , Clare Waight Keller sebagai pengarah artistik wanita pertama Givenchy ibarat memberi definisi dan jiwa baru kepada DNA Givenchy selepas Ricardo Tisci meninggalkan rumah fesyen tersebut selepas 12 tahun.

 
[envira-gallery id=”76978″]

Kredibiliti dan visi Waight Keller boleh dilihat dengan jelas menerusi setiap ceraian dalam koleksi ini. “Saya ingin menggunakan kelebihan dalam jahitan, namun dalam gaya yang feminin,” terang Waight Keller kepada Vogue.

 
[envira-gallery id=”76985″]

Waight Keller juga telah memberikan definisi jelas perihal cara wanita era ini ingin berpakaian, even if it is haute couture. Menggunakan rona-rona muted dan siluet maskulin (jaket besar) dilengkapi dengan perincian labuci memberikan personaliti kepada seluruh koleksi ini. Gabungan gaya feminin melalui dress les beralun dan seluar wide-legged satin antara kombinasi yang dimanipulasikan oleh Waight Keller.

 
[envira-gallery id=”76986″]

Mengekalkan estetik signatur Givenchy yang ditinggalkan oleh Tisci, Waight Keller memastikan koleksi ini tidak lari daripada DNA sebenar rumah fesyen ini walaupun dia menggunakan sepenuhnya kebebasan yang dibekalkan oleh kategori adi busana.

See also
Datin X: Berhijab Kerana Lelaki