Kolaborasi Sulung Infinence Bersama Kuala Lumpur Fashion Week

Fesyen

Kolaborasi Sulung Infinence Bersama Kuala Lumpur Fashion Week

357

K.K. Tan, pengasas Infinence, bersama pengasas KLFW, Andrew Tan, danDuta Kasut & Beg Infinence, Nur Fazura.

Bernaung di bawah Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd, Infinence memegang portfolio sebagai sebuah jenama fesyen dan gaya hidup mewah. Dan buat pertama kalinya, Infinence telah berkolaborasi bersama KLFW 2018 sebagai jenama sokongan dan mereka juga mempersembahkan tiga koleksi RTW sewaktu KLFW.

 

Diasaskan oleh En. K.K. Tan dan hasil inspirasi bersama Profesor Datuk Jimmy Choo, terlahirlah Infinence pada tahun 2016 dan sejak itu mereka telah bekerjasama dengan beberapa nama besar di Malaysia. Seperti Profesor Datuk Jimmy Choo sendiri, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini untuk koleksi hijab mereka, dan juga aktres kegemaran ramai Nur Fazura yang merupakan duta bagi Koleksi Kasut dan Beg Infinence.

 

Sewaktu KLFW 2018, Infinence mempamerkan tiga koleksi RTW mereka yakni Basic CollectionHoliday Collection, dan Luxe Collection yang menampilkan ceraian-ceraian mengikut gaya hidup yang berbeza namun pada masa yang sama penuh kelas dan kemewahan.

 
[envira-gallery id=”84796″]

Bagi Basic Collection, Infinence menampilkan ceraian-ceraian dengan siluet minimal dan chic. Holiday Collection pula terdiri daripada ceraian yang memberi fokus kepada corak-corak menarik dan lebih berani. Manakala Luxe Collection mempamerkan sebuah koleksi yang menekankan elemen sofistikated dan anggun untuk wanita moden.

 
[envira-gallery id=”84794″]

Sumbangan Infinence sewaktu KLFW turut disalurkan melalui hadiah buat dua finalis KLFW X AirAsia Runway Ready Designer Search 2018 yang bernilai RM10,000 seorang. Infinence juga membuka peluang kepada dua finalis ini untuk bekerjasama dengan jenama mereka bagi menghasilkan koleksi kapsul yang bakal dipamerkan pada tahun 2019 kelak. Langkah ini diambil oleh Infinence untuk membantu memberi sokongan kepada bakat-bakat tempatan dan menjadi landasan bagi pereka-pereka muda ini.

 
[envira-gallery id=”84795″]

Your email address will not be published. Required fields are marked *