Inspirasi Fesyen Segar Daripada Street Style Kota Paris

Inspirasi Fesyen Daripada Street Style Kota Paris

Foto IMAXtree via TheImpression

Paris Fesyen Week bermula sehari lebih awal daripada jadual rasmi mereka dan telah pun melabuhkan tirainya baru-baru ini dengan pertunjukan koleksi-koleksi yang mampan. Sepanjang minggu yang sibuk buat pereka-pereka fesyen ini barisan personaliti dunia fesyen juga tidak kurang sibuk dengan jadual mereka sendiri untuk menghadiri setipa pertunjukan yang mereka dijemput dan pada masa yang sama memastikan stail mereka on point sepanjang minggu.

 

Kebanyakan mereka yang turun ke Paris ini terdiri daripada pengarang-pengarang fesyen, barisan selebriti, model-model dan juga influencers yang telah mengharungi bulan fesyen ini bermula dengan New York Fashion Week pada awal bulan ini. One would think mereka akan lebih kasual kerana mungkin penat dengan all the travelling namun itu bukanlah satu isu buat fashionista-fashionista ini.

 

Jadi GLAM telah menghimpunkan stail-stail yang boleh dijadikan inspirasi untuk mengolah semula wardrobe anda supaya tidak ketinggalan trend.

10 of 36
Use your ← → (arrow) keys to browse