Estetika Peranakan Teras Jiwa Koleksi Innai Red

Fesyen

Estetika Peranakan Teras Jiwa Koleksi Innai Red

400

Mengambil inspirasi daripada stail golongan wanita Cina Penang dahulu kala, Innai Red telah tampil dengan koleksi terbaru mereka bersempena Tahun Baru Cina yang menggabungkan elemen budaya dan fesyen untuk menghasilkan koleksi serba moden yakni Lady Jade.

 

Tona yang ditetapkan buat koleksi ini adalah penyatuan potongan dan corak Barat dengan kelembutan perincian Timur untuk memberikan nafas baru dan pada masa yang sama mengekalkan estetik budaya tersebut.

 

Koleksi 10 ceraian ini menampilkan beberapa cheongsam dan juga qipao yang diberi sentuhan signatur Innai Red seperti ropol, perincian manik, organza jarang peekaboo, dan potongan peplum yang merupakan kepakaran rumah fesyen ini. Untuk melengkapkan oda kepada budaya unik ini, setiap ceraian turut menampilkan butang Cina buatan tangan.

 

Limpahan rona warna juga merupakan salah satu titik utama koleksi ini; daripada rona pastel kepada rona yang berani untuk membenarkan si pemakai bermain dengan setiap rona warna dan supaya senang dipadankan mengikut citarasa mereka sendiri.

 

Apa yang eksklusif tentang koleksi ini adalah hanya lima ceraian sahaja dihasilkan untuk setiap satu daripada koleksi ini  jadi jika anda berminat dapatkannya sekarang sehingga 17 Januari ini!

1 of 8

INNAI RED for Chinese New Year 2018

Your email address will not be published. Required fields are marked *