Braun Büffel Memperkenalkan Pengarah Kreatif Baru & Koleksi Kapsul

Fesyen

Braun Büffel Memperkenalkan Pengarah Kreatif Baru & Koleksi Kapsul

12

Pengarah Kreatif Braun Büffel, Fabio Panzeri

Baru sahaja meraikan ulangtahun ke-130 mereka tahun lalu Braun Büffel kini memperkenalkan pula pengarah kreatif baru mereka, Fabio Panzeri yang bakal menyambung legasi jenama ikonik ini dengan kreativiti dan visinya.

 

Graduan Instituto Marangoni ini memulakan kerjayanya dalam dunia fesyen sebagai pereka aksesori dan fabrik di Mila Schon pada tahun 1993 sebelum dia membawa diri sebagai pereka Prada dan Prada Sports pada tahun 1997. Panzeri juga meminjamkan bakat dan visinya untuk Dolce & Gabbana  dan Calvin Klein.

 

Untuk meraikan kehadirannya sebagai figura kreatif Braun Büffel, Panzeri telah memainkan peranan yang besar dalam kempen terbaru koleksi bunga/panas 2018 mereka dan juga menzahirkan koleksi kapsul eksklusif.

 

Braun Büffel Bunga/Panas 2018

“Koleksi-koleksi sebelum ini mempamerkan rekaan kulit yang sangat klasik dan dekat dengan sejarah Braun Büffel. Saya rasa ia sangat penting untuk saya memahami sejarah jenama ini dan menterjemahkannya mengikut peredaran masa kini,” ujar Panzeri sewaktu ditemubual oleh GLAM baru-baru ini.

1 of 2

Braun Büffel Bunga/Panas ’18 Capsule: ELISHA


 
 

“Gabungan warisan dan kontemporari” adalah cara paling tepat untuk menghuraikan koleksi ELISHA. Logo ikonik Braun Büffel juga jika diteliti menerima sentuhan Panzeri dengan saiz dan rona emas untuk memberikan lebih perincian.

Your email address will not be published. Required fields are marked *