5 Rahsia Busana Perkahwinan Priyanka Chopra

Fesyen

5 Rahsia Busana Perkahwinan Priyanka Chopra

675

Acara wedding of the year oleh Priyanka Chopra dan Nick Jonas diakhiri dengan dua upacara perkahwinan yang melambangkan kepercayaan mereka and it could not have been more beautiful.

 

Selepas menarik perhatian ramai dengan itenerary perkahwinan yang menakjubkan, Chopra sekali lagi menarik perhatian ramai apabila dia berkongsikan gambar-gambar dua pasang dress perkahwinannya.

 

Chopra dan Jonas membahagikan dua acara perkahwinan mereka kepada dua hari. Upacara Kristian, yang dirasmikan oleh bapa Jonas sendiri, diadakan pada hari Sabtu dan kedua-dua mempelai mengenakan persalinan rekaan Ralph Lauren. Manakala upcara mengikut adat Hindu pula diadakan pada hari Ahad di mana Chopra dan Jonas telah mengenakan persalinan tradisional menawan rekaan Sabyasachi.

 

Klik seterusnya untuk mengetahui butiran selanjutnya tentang persalinan Chopra dan Jonas pada hari istimewa mereka.

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Lehenga merah yang dikenakan oleh Chopra untuk upacara mengikut adat Hidut merupakan rekaan khas pereka Sabyasachi. People melaporkan bahawa lehenga tersebut menggunakan tenaga 110 orang untuk disulam dan 3,720 jam untuk disempurnakan. Bunga organza potongan tangan, knot Perancis menggunakan flos sutera, dan kerja-kerja sulaman perincian membuatkan dress tersebut lebih menawan.

Your email address will not be published. Required fields are marked *