8 Tips Untuk Minyak Wangi Bertahan Lebih Lama!

Cantik

8 Tips Untuk Minyak Wangi Bertahan Lebih Lama!

565

Psst! The secret is here.

 

 

Salah minyak wangi tersebut atau aplikasi kamu yang salah?

 

Kebanyakkan minyak wangi janjikan bau haruman sepanjang hari, namun, sejurus anda semburnya, ia hilang selepas 10 minit?  GLAM kongsikan 8 tips untuk bauan minyak wangi anda bertahan lebih lama — dan mungkin sepanjang hari juga!

 

1. Jangan simpan di bilik mandi!

Kelembapan akan mengecilkan dan memecahkan molekul minyak wangi tersebut, sekali gus melemahkannya. Sebaliknya, simpan di tempat yang kering seperti di kamar beradu.

 

2. Jangan geselkan pergelangan tangan!

Geseran akan menyebabkan not tertinggi hilang lebih cepat — minyak wangi anda tidak akan tahan lama kerananya.

 

3. Letakkan losyen terdahulu!

Permukaan yang berminyak dapat mengekalkan minyak wangi lebih lama berbanding kulit yang kering. Kamu disarankan menggunakan krim pelembap atau losyen tanpa haruman terlebih dahulu sembelum semburan. Ia seakan primer di muka.

 

4. Jeli petroleum!

Salap dalam jeli petroleum seperti Vaseline dapat mengekalkan keharuman tersebut.

 

5. Simpan kotak yang datang bersamanya!

Minyak wangi perlu disimpan jauh dari cahaya matahari kerana ia akan merosakkannya serta mengecilkan molekul dalam minyak tersebut. Selain digunakan sebagai tempat menyimpan minyak wangi, kotak yang didatangkan bersama juga cantik untuk dibuat display!

 

6. Kenali perbezaan jenis-jenis minyak wangi!

Minyak wangi berlabel spray badan, eau de cologne, dan eau de toilette mempunyai kepekatan minyak yang rendah dan ringan berbanding eau de parfum atau extrait de parfum yang mempunyai bau yang bertahan lama.

 

7. Sembur pada masa yang betul!

Kulit yang lembap dapat kekalkan bau lebih lama. Semburkan wangian selepas mandi tetapi jangan terus sarungkan pakaian keran ia akan bergeseran dan hilang. Tunggu beberapa minit supaya minya tersebut dapat kering dan set on your skin.

 

8. Sembur pada bahagian yang panas

Semburkan pada beberapa bahagian “panas” supada haruman tersebut dapat dibau sepanjang hari. Antaranya ialah belakang leher, belakang lutut, dalam siku dan di bahagian midriff (atas sedikit dari pusat).

Your email address will not be published. Required fields are marked *