Terjemahan Anti Penuaan The Face Shop - Glam Malaysia

Terjemahan Anti Penuaan The Face Shop

Segah namanya, The Face Shop menampilkan rangkaian antipenuaan terbaru yakni Yehwadam. Siri ini menjadi pilihan utama personaliti terkenal untuk memiliki kulit wajah muda dan berseri selama-lamanya

Siri Antipenuaan The Face Shop: Yehwadam

Dalam cerita rakyat Korea, kecantikan itu ditakrifkan dengan memiliki kulit yang cantik bermaya, segar dan licin persis bintang yang bersinar serta jed yang berharga. Diilhamkan daripada cerita kecantikan ini, maka The Face Shop menampilkan siri kecantikan Yehwadam yakni regim antipenuaan berasaskan tiga jenis bahan semula jadi iaitu herba, tumbuh-tumbuhan dan bunga. Ia dirumus dengan herba tradisional Korea dan ekstrak bunga yang ditemui di kawasan paling bersih di Korea seperti Ginseng dari Wilayah Gyeongbuk, Safflower dari pergunungan Sancheong Jirisan dan beri Goji  dari Wilayah Chungnam.

 

Nama Yehwadam dicantum daripada perkataan YE yang bermaksud herba dan HWA pula berasal daripada perkataan bunga manakala DAM bermaksud penceritaan. Kala berbicara mengenai kebaikan intipatinya, bahan utama pastinya ginseng Korea  yang membantu untuk memulihkan dan memberi semula tenaga untuk kulit lebih muda. Ekstrak Safflower bertindak sebagai agen antipenuaan yang meningkatkan warna kulit dan ekstrak beri Goji yang mengandungi vitamin mujarab antipenuaan  yang berfungsi menyerap jauh ke dalam kulit untuk melambatkan proses penuaan serta memberikan anda kulit yang lebih bercahaya dan sihat berseri. Gabungan ketiga-tiga resipi rahsia Yehwadam ini ternyata memberikan kebaikan buat  anda yang mendambakan pengalaman kecantikan menakjubkan. Siri Yehwadam Revitalizing ini menampilkan set penjagaan wajah lengkap buat ritual harian seperti toner, serum, emulsi, krim mata dan krim wajah.

See also
Tips Memilih Haruman

 

Manfaat ritual siri Yehwadam

  1. Toner  Yehwadam  diangkat sebagai langkah penjagaan pertama selepas membersihkan wajah. Yehwadam Revitalizing Toner ini bisa memberikan kelembapan ekstra bagi memulihkan kulit kering dengan cara mengimbangi kadar asid pada kulit agar tampil sihat dan berseri.
  2. Yehwadam Revitalizing Emulsion membantu membekalkan nutrien pada kulit efek segar sepanjang hari.
  3. Yehwadam Revitalizing Serum pula bertindak dengan memberikan 1001 manfaat dan memperkuatkan kulit wajah dengan ekstrak bunga teratai yang mampu melegakan kulit manakala bunga honeysuckle membantu menyahkan sembap serta bahagian yang merah pada wajah.
  4. Untuk mata, Yehwadam Revitalizing Eye Cream bisa menyalurkan kebaikan dengan mengurangkan garis halus serta lingkaran gelap pada bahagian mata.
  5. Ritual terakhir regim ini diakhiri dengan krim antipenuaan Yehwadam Revitalizing Cream yang bertindak menegang dan menjadi perisai kepada lapisan kulit luar dengan bertindak melindungi kulit daripada pencemaran agar kulit tampil segar, lembut dan bertenaga.

 

[soliloquy id=”61852″]