Selebriti Dengan Rambut Rona Biru

Selebriti Dengan Rambut Rona Biru

Rambut rona biru dilihat menjadi gaya pilihan selebriti Hollywood kebelakangan ini. Hilary Duff membuat kejutan dengan mewarnakan rambutnya aqua-blue, diikuti Kylie Jenner dan terbaru, supermodel Jourdan Dunn.
 
1. Hilary Duff
 

TV LAND presents the New York premiere of "YOUNGER" Gambar: TPGVIP

 
Ini merupakan kali pertama penyanyi serta pelakon ini mencuba gaya rambut yang lebih fun. Menurutnya, inspirasi untuk mewarnakan rona rambut ini datang ketika dia bercuti bersama anaknya di lautan Mexico. Ternyata rona ini bersesuaian dengannya, she looks amazing!
 
2. Jourdan Dunn
 

Jourdan DunnGambar: Instagram Jourdan Dunn

 
Supermodel ini mewarnakan rambutnya biru untuk menghadiri festival muzik Coachella. Menerusi laman Instagram miliknya, dia memuat naik foto gaya rambut barunya dengan kapsyen “Coachella ready”.
 
3. Kylie Jenner
 

KylieJennerGambar: Instagram Kylie Jenner

 
Kylie Jenner turut menukar rona rambut biru membias gaya bebas kala menghadiri Coachella. Sebelum ini dia turut pernah mewarnakan rambutnya dengan rona yang sama.
 
4. Jared Leto
 

See also
Cedok Inspirasi Gaya Rambut Selebriti Pilihan GLAM

JaredLetoGambar: Twitter David Ayer

 
Rambut pendek kehijaun merupakan transformasi terkini pemenang Oscar ini. Pilihan rona rambutnya itu adalah bagi menyesuaikan dengan watak Joker dalam filem terbaru lakonannya.