Riasan Wajah Lebih Berseri Dengan Cosme Decorté

Cantik

Riasan Wajah Lebih Berseri Dengan Cosme Decorté

522


Bukan lagi nama asing dalam industri kecantikan, Cosme Decorté kini tampil dengan rangkaian mekap yang lebih versatil dan moden. Merangkumi produk buat muka, mata, dan bibir Cosme Decorté memperkenalkan ‘Dip In Glow,’ ‘Eye Glow Gem,’ dan ‘The Rouge’ untuk hasil riasan wajah lebih menyerlah dengan rona dan tekstur yang unik buat diri anda.

 

Dengan bantuan tiga jenis Serbuk Virturias — Light, Shade dan Clarity — bisa membantu mendapatkan peringkatan seri yang mengikut struktu wajah anda dan mengawal seri tersebut sejurusnya menghasilkan kompleksi elegan dan berkilau.

 

1. Cosme Decorté Dip In Glow Illuminator (RM145)

Produk asas yang harus dimiliki daripada rangkaian ini Dip In Glow Illuminator adalah highlighter yang menggunakan Melty Slide Gel dan Grace Touch Gel untuk membantu mendapatkan seri dan kilauan yang sempurna tanpa mengira rona kulit.

 

2. Cosme Decorté Eye Glow Gem (RM105)

Terdiri daripada 10 rona vibrant yang bisa menyerikan solekan anda mengikut mood mahupun stail yang diidamkan, rangkaian pembayang mata Eye Glow Gem. Hanya dengan mengguna satu rona sahaja, anda sudah bisa mendapatkan rona warna yang berpigmen atau anda boleh membina solekan mata anda menggunakan lebih daripada satu rona untuk look yang lebih berani.

 

3. Cosme Decorté The Rouge (RM145)

The Rouge pula merupakan rangkaian gincu terdiri daripada 12 rona yang setiap satunya mempunyai kemasan berkilau dan semi-matte. Hanya dengan satu aplikasi sahaja anda sudah boleh mendapatkan efek bibir mungil yang diidamkan. Bibir anda juga akan kekal lembap dengan bahan-bahan yang mengekalkan kelembapan.

Your email address will not be published. Required fields are marked *