Nantikan Kolaborasi M.A.C x Nicki Minaj, #NickiNudes!

Cantik

Nantikan Kolaborasi M.A.C x Nicki Minaj, #NickiNudes!

448

The only nudes you should have. And send!

 

 

Nicki Minaj kembali sekali lagi untuk berkolaborasi bersama jenama kosmetik gergasi, M.A.C! Lima tahun yang lalu, penyanyi Superbass ini pernah berganding bahu bersama M.A.C buat rangkaian gincu VIVA GLAM mereka — siapa boleh lupakah rona merah lavender keluaran mereka suatu ketika dahulu itu?

 

Namun, kali ini ia bertemakan #NickiNudes! Ratu hip hop ini bakal keluarkan dua rona gincu, yakni merah jambu, koral lembut bernama Nicki’s Nude dan  merah jambu ala creamy yang diberi nama Pinkprint, selepas album yang dinominasikan Anugerah Grammy. Kedua-duanya bakal dilancarkan pada 21 September di butik-butik M.A.C serta buat pembelian atas talian.

 

 

Bukan itu sahaja — gincu-gincu tersebut merupakan sebahagian daripada 24 rona gincu dan pengilap bibir baharu M.A.C! Rangkaian ini termasuk 18 tona nude, pada harga $17.50 (RM75) setiap satu. Ia juga didatangkan bersama 6 pengilap bibir, dari warna nude muda hinggalah ungu plum.

 

Kolaborasi M.A.C x Nicki Minaj ini merupakan edisi terhad dan hanya terdapat di pasaran sehingga 19 Oktober. #NickiNudes bakal disediakan buat pembelian umum pada September ini!

Your email address will not be published. Required fields are marked *