Koleksi Mekap Pertama Moschino Bersama Sephora Collection

Cantik

Koleksi Mekap Pertama Moschino Bersama Sephora Collection

87

Moschino adalah satu jenama yang lazim dengan sifat playful dan eksentrik hasil visi pengarah kreatifnya Jeremy Scott dan elemen ini diterapkan ke dalam pakaian, aksesori, dan baru-baru ini dalam satu pengumuman ekslusif, solekan.

 

Melalui kolaborasi istimewa bersama Sephora Collection, mereka bakal melancarkan rangkaian solekan yang terdiri daripada tujuh produk dan bakal dilancarkan pada bulan hadapan.

 

“Saya sangat suka akan kuasa yang ada pada mekap dan cara ia mengubah mood kami. Ia meurpakan satu perkara yang indah,” ujar Scott dalam satu kenyataan.

 

Untuk menerapkan elemen Moschino ke dalam koleksi solekan ini, Scott memastikan jiwa Moschino boleh dilihat dengan jelas melalui rekaan dan warna terutamanya. Item tarikan dalam koleksi ini adalah merupakan teddy bear ikonik Moschino yang digelar Toy dalam bentuk palette pembayang.

 

Selain itu koleksi ini juga turut menampilkan glos bibir dalam bentuk rantai dan 3 set berus.

 

Berita gembira buat mereka yang memikirkan harga untuk setiap produk ini, tiada yang melebihi nilai harga $70.

 

“Saya menyedari bahawa golongan muda sangat menyukai hasil kerja saya, dan kadangkala mereka tidak mampu untuk mendapatkannya. Ini adalah cara saya untuk mempersembahkan Moschino tanpa mengorbankan kualitinya. Ia lebih mudah didapati. Saya ingin mengalu-alukan lebih ramai orang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Moschino.”

Your email address will not be published. Required fields are marked *