Koleksi ColourRocker oleh M.A.C Mewarnai Bibir Anda Dengan 28 Warna

Cantik

Koleksi ColourRocker oleh M.A.C Mewarnai Bibir Anda Dengan 28 Warna

94

Jikalau ditanya kepada mana-mana peminat kosmetik, antara jenama-jenama yang mereka lazim akan cadangkan adalah M.A.C kerana kualiti mereka yang tidak dapat disangkalkan dan untuk Februari ini,M.A.C bakal melancarkan koleksi gincu M.A.C. ColourRocker.

 

Koleksi ini merupakan koleksi paling ‘berani’ yang pernah dikeluarkan oleh M.A.C dengan 28 rona warna yang berbeza untuk mereka yang mempunyai keberanian serta kekuatan mental dan spiritual yang teguh.

 

colorrock

 

Dengan rona warna berelemen neon, pastel, berdakwat dan juga warna-warna yang berani, koleksi ColourRocker ini memberi peluang kepada peminat-peminat kosmetik untuk mencuba sesuatu yang baru pada tahun 2017.

 

colorrock4

 

Ternyata ini bukanlah perkara yang baru tetapi terdapat rona-rona warna yang tidak pernah lagi ditampilkan oleh mana-mana koleksi gincu setakat ini di dalam koleksi gincu ColourRocker ini seperti warna hijau terang (Into the Madness) yang mengingatkan kami kepada Shrek, warna biru neon (Instant Icon), hijau gelap ibarat zamrud (Deep With Envy), dan juga merah jambu neon (Breathing Fire).

 

colorrock 3

 

Tetapi usah risau kerana terdapat juga rona warna yang asas seperti beige lembut (Mud Wrestler), merah jambu (Feeling Fizzy) dan juga merah kegemaran ramai (Carmine Rouge).

 

colorrock 2

 

Kesemua 28 rona warna ini boleh didapati di mana-mana kedai yang menjual produk M.A.C dan juga maccosmetics.com pada Februari ini.

 

Tidak lupa juga koleksi M.A.C Viva Glam juga akan dilancarkan pada Februari ini.

Your email address will not be published. Required fields are marked *