Lady Gaga Hadir Dengan Rangkaian Produk Kosmetik Sendiri, Haus Labs - Glam Malaysia

Lady Gaga Hadir Dengan Rangkaian Produk Kosmetik Sendiri, Haus Labs

Its time! Mengikut jejak langkah Kylie Jenner dan Rihanna, kini Lady Gaga pula hadir dengan rangkaian produk kecantikan sendiri yang diberi nama Haus Labs. Kali pertama ia dilancarkan, rangkaian ini hanya terjual menerusi produk wangian, namun kini meluas ke kosmetik. Mengumumkan buat pertama kali melalui hantaran di laman Instagramnya, Lady Gaga khabarnya akan memperluaskan pasaran dengan bekerjasam secara eksklusif dengan Amazon.

Melalui temubualnya bersama Business of Fashion, Gaga berkongsi sebab kenapa baru sekarang beliau melancarkan rangkaian produknya sendiri. Menurutnya, kerjasama dengan Amazon merupakan sesuatu yang luar biasa kerana masing-masing memiliki semangat untuk mengubah dunia dengan kecantikan tersendiri.

https://www.instagram.com/p/BztJCjhFepR/

Gaga mengakui memakai warna yang transformatif seiring dengan karekter yang kuar dan menonjol. “Saya menemui diri saya, tetapi kini orang lain juga boleh menemukan saya, dan dengan cara begini saya dapat mengeksperikan diri”, katanya.

Haus Laboratories menyusuri perkembangan perniagaan peruncitan kosmetik atas talian seperti Ulta Beauty, serta LVMH dari Rihanna. Produk yang secara rasminya akan dilancar pada September 2019, akan tersedia melalui pre-order mulai 15 Julai termasuk produk kosmetik pelbagai fungsi untuk pipi, mata, bibir dan lain-lain.

See also
Kendall Jenner Menempis Tuduhan Pembedahan Plastik