The Weeknd dan Selena Gomez Makes It Official Di Instagram - Glam Malaysia

The Weeknd dan Selena Gomez Makes It Official Di Instagram

A post shared by The Weeknd (@theweeknd) on

Setelah berbulan cuba untuk “merahsiakan” status hubungan mereka semenjak mereka dilihat bercumbuan di hadapan sebuah restoran pada satu malam yang indah, The Weeknd (Abel Tesfaye) dan Selena Gomez akhirnya mengesahkan hubungan mereka.

 

Setelah beberapa percutian romantik bersama, berjumpa dengan keluarga masing-masing, dan Selena menyokong The Weeknd sepanjang konsert jelajahnya, The Weeknd telah berkongsi sekeping foto di Instagramnya di mana Selena dilihat sedang memeluk teman lelakinya.

 

Gambar itu dilaporkan telah diambil sewaktu mereka menghadiri majlis hari lahir Belly di Hollywood Hills yang turut dihadiri oleh Drake, French Montana, Big Sean, Ashlee Simpson, Evan Ross, dan Amber Rose.

 

Digital love is legit, y’all