Venice Film Festival 2016: 5 Filem Wajib Tonton - Glam Malaysia

Venice Film Festival 2016: 5 Filem Wajib Tonton

Festival Filem Venice tahun ini yang berlangsung bermula 31 Ogos sehingga 10 September 2016 akan menyaksikan kehadiran dan kemunculan barisan individu berprofil tinggi sepanjang festival tersebut berlangsung.

 

Malam pembukaan dirasmikan dengan tayangan perdana filem muzikal La La Land yang dibintangi Emma Stone dan Ryan Gosling, Hacksaw Ridge arahan Mel Gibson dan The Arrival, thriller lakonan Amy Adams.

 

Berikut adalah lima filem yang paling dinantikan di Festival Filem Venice 2016:

 

1. David Lynch: The Art of Life oleh Jason S.

cinearchive.org
Filem ini adalah sambungan ketiga siri potrait sinematik yang mengkaji kehidupan awal Lynch. Dokumentari ini merakam hidup Lynch selama 4 tahun, merekod lebih daripada 20 perbualan.

 

2. One More Time with Feeling oleh Andrew Dominik

nick cave
Filem ini menampilkan kumpulan muzik dari Australia yang digelar Nick Cave and the Bad Seeds. One More Time with Feeling adalah visual yang akan mengiringi album terbaru mereka iaitu Skeleton Tree. Ia dirakam dalam hitam putih, warna, 2D dan 3D selain memaparkan temuramah peribadi Dominik.

See also
Kebaikan Yoga Untuk Kesihatan

 

3. The Bad Batch oleh Ana Lily Amipour

comingsoon.net

“A post-apocalyptic cannibal love story set in a Texas wasteland.”

Filem hasil gabungan Road Warrior dan Pretty in Pink ini mempunyai barisan pelakon Hollywood yang diketuai Suki Waterhouse dan diikuti oleh Jason Momoa, Jim Carrey, Keanu Reeves dan Diego Luna.

 

4. Voyage of Time: Life’s Journey oleh Terrence Malick

Terrence-Malick-VOYAGE-OF-TIME-1-e1467378566405
Dokumentari ini adalah hasil perancangan selama 30 tahun. Ia menyiasat tentang kelahiran alam semesta sehingga masa keruntuhannya dan akan diceritakan oleh Cate Blanchett.

 

5. Planetarium oleh Rebecca Zlotowski

Planetarium-movie-3
Planetarium berlatarkan era sebelum peperangan Perancis tahun 30-an ini menampilkan Lily-Rose Depp dan Natalie Portman sebagai adik beradik psikik yang bertemu dengan seorang penerbit berwawasan di sebuah kelab kabaret.

 
Sumber: i-D