Tuduhan Palsu Terhadap Beyoncé Dibidas Oleh Publisisnya - Glam Malaysia

Tuduhan Palsu Terhadap Beyoncé Dibidas Oleh Publisisnya

Siapa sangka hari di mana seorang insan cuba untuk merosakkan nama Queen Beyoncé akan tiba tatkala dia sedang sarat hamil dengan anak kembarnya dalam bentuk dakwaan yang tidak munasabah?

Sudah menjadi kelaziman untuk selebriti wanita mengharungi kritikan dan komen daripada pihak media mengenai tubuh badan mereka (even though no one asked). Ramai yang memilih untuk berdiam diri sahaja tetapi not for publisis Beyoncé.

 

Apabila laman sesawang MediaTakeOut mengeluarkan laporan mengenai Beyoncé menggunakan kehamilannya sebagai alasan untuk perubahan pada rupanya, bibirnya to be specific, wakil pihak Beyoncé Yvette Noel-Schure membidas tuduhan tersebut dengan satu kenyataan yang mempertahankan penyanyi tersebut dan juga ibu-ibu hamil yang lain.

Apa yang anda tahu mengenai kesan terhadap tubuh badan wanita? Sila beritahu saya. Anda tahu tidak selain kenaikan berat badan wanita juga mengalami perubahan drastik dalam pengaliran darah dalam sistem dan penambahan cecair yang menyebabkan bengkak. Anda tahu yang gusi wanita juga bengkak? Anda tahu yang hal ini memberi efek kepada percakapan, keupayaan untuk mengunyah dan banyak lagi?

 

Tetapi pengorbanan terhadap muka, kaki, dan keseluruhan badan kami adalah sesuatu yang kami alu-alukan kerana kami bakal melahirkan insan-insan cantik ke dunia ini dan mungkin satu hari nanti akan melawan kebencian dan unsur negatif anda. Saya berdiam diri sewaktu kehamilan pertama Beyoncé semasa anda rasa ia perkara yang baik untuk membulinya seperti seorang penakut, apabila anda menuduh dia tidak hamil pada waktu itu, tetapi saya tidak boleh berdiam diri kali ini.

 

Anda merupakan individu yang membuli seorang wanita hamil sama seperti mempunyai jiwa yang dingin dan keji. Anda perlu mencari perkara lain untuk mengisi masa anda dan mungkin singgah ke sebuah kedai yang mempunyai menjual kebahagiaan kerana anda amat memerlukannya.