Tony Eusoff Bebas Penjara Awal - Glam Malaysia

Tony Eusoff Bebas Penjara Awal

TonyEusoff
 
Selepas lima bulan menjalani hukuman penjara di Singapura kerana kesalahan memiliki dadah, pelakon dan penyanyi Tony Eusoff dibebaskan awal tiga bulan dari jangka masa hukuman sebenar.
 
Ketika dihubungi sebuah akhbar tempatan, Tony mengakui dirinya serik dan tidak sekali-kali terjebak lagi dengan perbuatan tersebut.
 
“Pengalaman di penjara selama lima bulan benar-benar membuat saya menyesal seumur hidup. Hukuman penjara merupakan penyesalan paling besar dalam hidup saya. Saya rasa bersalah bukan sahaja pada diri sendiri tetapi kepada seluruh ahli keluarga,” kata Tony.
 
Tony yang sepatutnya perlu menjalani hukuman penjara 8 bulan dibebaskan awal kerana berkelakuan baik.
 
Oleh: Lylatul Qadrina