The Ultimate Essential For Your Skin - Glam Malaysia

The Ultimate Essential For Your Skin

Pernahkah anda terfikir mengapa kulit wajah masih tidak menunjukkan perbezaan yang ketara selepas menggunakan produk penjagaan yang baik? Kami temui sebabnya!

 

face shop

Lazimnya, rutin serum akan dioles selepas mengaplikasikan penyegar wajah (toner). Namun, kini anda boleh meringkaskan lagi rutin harian penjagaan wajah anda!

 

Dengan First Serum dari The Face Shop ini yang diformulakan khas untuk melindung kulit secara optimum dan menjadi langkah pertama sebelum memulakan rejim penjagaan muka dan solekan.

 

First Serum merupakan salah satu produk dari rangkaian The Therapy yang menggunakan campuran formula Eropah khusus buat rawatan penuaan. Serum ini mengandungi partikel kristal, minyak pati dan formula air laut yang membantu meningkatkan penghidratan serta keseimbangan kulit supaya tampil lebih segar dan sihat.

 

Selain itu, serum ini juga berfungsi untuk meningkatkan kuasa penyerapan pada kulit agar sebarang produk yang diaplikasikan selepas serum ini akan diserap dengan lebih baik dan hasilnya akan kelihatan dengan lebih jelas dan sempurna.

See also
#OOTD Kuala Lumpur Fashion Week 2017