Shah Rukh Khan dan Anak Bongsunya Dilihat Mempunyai Tatu Yang Sama

Berita

Shah Rukh Khan dan Anak Bongsunya Dilihat Mempunyai Tatu Yang Sama

147

Sewaktu satu perlawanan kriket antara pasukan milik Shah Rukh Khan Kolkata Knight Riders dan Gujarat Lions di Rajkot baru-baru ini, pelakon berusia 51 tahun itu bersama anak bongsunya AbRam Khan menarik perhatian kerana one little detail.

 

Tatu yang sama pada bahagian dada mereka.

 

Memang pengetahuan lazim buat peminat-peminat Shah Rukh bahawa anak kecilnya itu seringkali cuba untuk mengikut stail dan gaya bapanya tatkala berlibur.

 

Tiada siapa yang menyangkakan yang mereka akan hadir dengan matching tattoos. Segelintir peminat memuji keakraban dan how adorable mereka berdua semasa perlawanan tersebut. Ada pula yang mengkritik bapa kepada 3 orang anak itu atas tindakannya yang dianggap tidak bertanggunjawab itu.

 

Namun satu portal berita di India telah mengesahkan bahawa tatu yang ada pada Shah Rukh itu adalah sementara sahaja sempena penggambaran filem arahan Imtiaz Ali yang baru.

 

So chill, guys.

 

Buzzfeed juga telah melaporkan bahawa tatu pada dada Shah Rukh itu hanyalah tatu palsu dan mereka telah menemubual artis yang mereka tatu tersebut, Al Alva, dan mengesahkan maklumat tersebut.

 

Me with the king of Bollywood Shah Rukh

A post shared by Al Alva (@al_alva10982) on

Your email address will not be published. Required fields are marked *