Rihanna Dinobatkan Harvard University Humanitarian of the Year

Berita

Rihanna Dinobatkan Harvard University Humanitarian of the Year

58

“My grandmother always used to say, ‘If you’ve got a dollar, there’s plenty to share.’”

 

Thank you @harvard ??

A post shared by badgalriri (@badgalriri) on

Pada 28 Februari, Rihanna telah dijemput ke kampus Harvard untuk menerima anugerah Peter J. Gomes Humanitarian Award dan diberi peluang untuk berucap mengenai yayasan yang ditubuhkan oleh penyanyi ini dan kerja-kerja amalnya yang lain.

 

Foto: Diallo Ferguson/startraksphoto.com

Rihanna memulakan ucapannya dengan kenyataan “So, I made it to Harvard,” diikuti dengan tepukan gemuruh daripada mereka yang hadir.

 

Dia kemudiannya menerangkan dia berminat untuk melakukan kerja-kerja amal bermula melalui iklan TV mengenai kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang pernah ditontonnya sewaktu kecil.

 

Foto: Diallo Ferguson/startraksphoto.com

“Dan saya akan memberitahu diri saya sendiri, ‘Apabila saya dewasa, bila saya sudah kaya, saya akan menyelamatkan kanak-kanak di seluruh dunia.’ Saya cuma tidak sangka yang saya akan berada di posisi untuk melakukan semua ini pada masa saya remaja lagi,” terang Rihanna.

 

Foto: Diallo Ferguson/startraksphoto.com

Penyanyi tersebut juga menambah bahawa apa yang dia tedak sedar pada masa itu adalah anda tidak perlu menjadi seorang yang kaya raya untuk membantu seseorang.

 

Rihanna telah menubuhkan Believe Foundation pada tahun 2006 yang membekalkan keperluan asas kepada kanak-kanak yang memerlukan.

 

“Saya tahu yang setiap seorang daripada anda berupaya untuk membantu seseorang. Apa yang anda harus lakukan untuk membantu seseorang adalah untuk tidak mengharapkan sesuatu kembali. Pada saya, itulah sifat kemanusiaan,” Rihanna menerangkan definisi kemanusiaan kepada penonton.

 

Untuk transkrip penuh ucapan Rihanna sila klik disini.

Your email address will not be published. Required fields are marked *