Queen Elizabeth Telah Memberikan Kebenaran Kepada Prince Harry - Glam Malaysia

Queen Elizabeth Telah Memberikan Kebenaran Kepada Prince Harry

Selepas dilihat membuat kemunculan sewaktu sebuah perlawanan polo yang disertai oleh kekasihnya, orang ramai sudah mula yakin dan teruja dengan arah tuju hubungan Meghan Markle dan Putera Harry.

 

Kemunculan umum pertama Meghan Markle dan Putera Harry semasa Audi Polo Challenge di Coworth, Berkshire, UK
Foto: REX/Shutterstock

Satu sumber melaporkan kepada Star Magazine bahawa Putera Harry juga telah mangambil langkah yang  pertama untuk melanjutkan lagi hubungan mereka dengan meminta kebenaran daripada nendanya, Ratu Elizabeth.

 

“Dengan situasi sekarang, pertunangan mereka mungkin berlangsung dalam tahun ini. Harry sudah menerima kebenaran daripada Ratu Elizabeth untuk melamar Meghan, dia sudah berbincang mengenai perkara ini dengan Yang Mulia. Pertunangan mereka pasti akan berlaku,” nyata sumber tersebut.

 

Selain itu, mereka juga dibenarkan untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka di Westminster Abbey (lokasi sama Ratu Elizabeth dan Putera Philip, dan Putera William dan Kate Middleton mengadakan majlis mereka).

 

Markle juga sudah mula melakukan transisi dalam kehidupannya untuk menyesuaikan hidup bersama Harry di mana dia berhenti daripada bidang lakonan sejurus selepas kontraknya bersama rancangan Suits tamat.

See also
GLAM Pick: Coachella Valley Music and Arts Festival (Minggu 1)

 

Putera Harry dan Meghan bakal menghadiri perkahwinan adik Duchess of Cambridge Kate Middleton, Pippa Middleton pada 20 Mei ini sebagai pasangan.