Paul Andrew menggalas tugas baru di Salvatore ferragamo - Glam Malaysia

Paul Andrew menggalas tugas baru di Salvatore ferragamo

Oleh: Nur Sofea
 

paul-andrew

Gambar: Sumber Google


 
Salvatore Ferragamo melantik pereka kasut Paul, Andrew sebagai pengarah pereka kasut jenama kasut wanita. Pelantikan Andrew ini susulan daripada pemergian Massimiliano Giornetti pada Mac selepas 16 tahun bersama jenama itu.
 
Andrew menubuhkan jenama kasutnya sendiri pada tahun 2013, selepas memegang jawatan di Donna Karan dan Alexander McQueen. Sejak dari awal, rekaan kasut Andrew sentiasa mendapat pujian kerana rekaan yang chic dan bentuk yang selesa. Andrew juga turut merangkul anugerah CFDA/Vogue Fashion Fund pada tahun 2014 dan turut bekerjasama dengan retailer seperti Net-a-Porter dan Barneys New York.
 
Koleksi pertama Andrew untuk Salvatore Ferragamo akan diperagakan pada Pre-Fall 2017. Selain daripada mengambil peranan sebagai Pengarah Pereka Kasut  untuk label itu, Andrew akan tetap akan  terus menghasilkan koleksi kasut wanita dan lelaki jenamanya sendiri.