Nama Selena Gomez Telah Di-Trademark Untuk Dirinya Sahaja

Berita

Nama Selena Gomez Telah Di-Trademark Untuk Dirinya Sahaja

77

Nampak gayanya selepas ini hanya akan ada seorang sahaja Selena Gomez yang akan dikenali di mata dunia kerana penyanyi dan pelakon tersebut sudah memfailkan dokumen sah untuk memastikan tidak ada Selena Gomez yang lain selain dirinya.

 

Foto: CALA/Broadimage

Dokumen yang dihantar Gomez itu akan memastikan tidak ada individu lain dengan nama Selena Gomez boleh menggunakan nama tersebut untuk muncul dalam rancangan TV mahupun filem dan juga untuk industri muzik.

 

Gomez juga dilaporkan mahu memiliki hak ke atas semua servis kelab peminatnya bawah namanya supaya namanya hanya ekslusif untuk dirinya sahaja.

 

Foto: CALA/Broadimage

Satu butiran yang menarik daripada dokumen tersebut adalah Gomez juga mendaftarkan namanya sebagai cap dagangan (trademark) untuk rangkaian barang perhiasan. Ini memberi maksud bahawa penyanyi ini sedang merancang sesuatu untuk koleksi barang perhiasannya sendiri!

 

We’re so ready for this!

Your email address will not be published. Required fields are marked *