Mempersembahkan Mercedes- Benz Generasi Baru - Glam Malaysia

Mempersembahkan Mercedes- Benz Generasi Baru

Oleh: Nur Sofea
 
mark-raine-vice-president-sales-marketing-mercedes-benz-malaysia-at-the-launch-of-the-new-generation-cla-at-mercedes-benz-center-singapore-2
 
Mercedes- Benz Malaysia memperkenalkan CLA generasi baru. Mercedes- Benz sekali lagi berjaya merevolusikan kereta kompak di Malaysia. CLA merupakan kereta kompak pertengahan saiz dengan empat pintu. CLA baharu ini masih mengekalkan ukuran klasik coupe iaitu a high stretched waistline, permukaan tingkap yang rata dan bonet yang panjang.  Gabungan  garisan dan permukaan convex dan concave pada headlight CLA ini memberikan rekaan yang avant-garde, sporty dan mewujudkan kesan cahaya yang berbeza-beza. Dengan model baru ini, Mercedes- Benz telah menetapkan standard baru dalam reka bentuk kereta kompak.
 
Model terbaru dari Mercedes Benz ini merupakan pelaburan terbaik kerana pelanggan boleh membiayai CLA pada RM3,088 sebulan melalui Pembiayaan Agility dengan tahun pertama Insurans Motor Komprehensif.
 
Pembiyaan Agility oleh Mercedes-Benz menawarkan pilihan kepada pelanggan seperti aliran tunai yang lebih fleksibel dan pilihan end-of- agreement ditambah dengan ansuran bulanan yang lebih rendah. Ia juga termasuk pilihan untuk melanjutkan atau menyelesaikan perjanjian pembiayaan atau mengembalikan kenderaan mereka dan menaik taraf kepada model yang lebih baharu pada akhir perjanjian.
 
Insurans Motor Komprehensif turut meliputi perkhidmatan tunda sehingga RM 400 untuk kerosakan mekanikal, perlindungan cermin sehingga RM6000, penggantian kenderaan satu untuk satu dan tuntutan kelulusan segera.
 
[soliloquy id=”53370″]

See also
Kumpulan Fifth Harmony Membidas Kritikan Terhadap Cara Mereka Berpakaian