Love & Co. Pencetus Revolusi Laporan Berlian Digital! - Glam Malaysia

Love & Co. Pencetus Revolusi Laporan Berlian Digital!

Teks: Yusairi Fitri
Gambar: Love & Co.
 
Ibarat kisah pertemuan yang penuh emosi dan eksklusif, Love & Co. menawarkan pengalaman memiliki berlian idaman secara digital. Keep calm and you can have peace of mind tatkala memilih dan membeli cincin perkahwinan impian.
 
lovemark_rosegold

Berita gembira buat pasangan yang merancang pertunangan atau perkahwinan kerana di Love & Co. anda boleh memahami lebih lanjut mengenai berlian anda dalam talian kerana ia memberikan semua butir-butir berlian dipilih. Love & Co. telah bekerjasama dengan Sarine Technologies dalam meneroka revolusi pengalaman membeli-belah berlian. Lebih istimewa,  maklumat atau data pada setiap berlian yang dipilih, akan diperolehi hanya dengan satu klik menerusi link khas termasuk prestasi pantulan cahaya  signatur berlian LVC Lovemark.
 
rosehallmark_mood

Menerusi pengenalan laporan digital ini, Love & Co. memudahkan urusan dengan menyediakan akses segera mengenai data berlian dan membantu anda untuk memahami keunikan setiap berlian LVC Lovemark. Pengalaman digital yang dipertingkatkan ini turut membantu anda untuk menganalisis keindahan berlian secara saintifik, di luar parameter penggredan konvensional 4C (Cut, Clarity, Color, Carat) dan mudah diakses melalui Internet.
 
light-performance-moodshot

See also
Inspirasi Designers Buat KLFW16

Laporan digital mengandungi maklumat penting mengenai berlian seperti prestasi pantulan cahaya, rose hallmark, Nombor pensijilan antarabangsa, potongan, pengkadaran dan menyediakan imej tepat dan video mengenai berlian.
 
Anda boleh melihat contoh laporan prestasi LVC Lovemark Light disini. Untuk paparan lebih menarik, lihat di YouTube.