Lindsay Lohan Menghampiri Kemuflisan - Glam Malaysia

Lindsay Lohan Menghampiri Kemuflisan

October 16, 2016 - Athens, Greece - U.S actress Lindsay Lohan poses at the entrance of a new nightclub during the opening night in Athens. Lohan appeared at the opening party of the Lohan Nightclub at Kerameikos neighborhood in the Greek capital. (Credit Image: © Aristidis Vafeiadakis via ZUMA Wire)

Lindsay Lohan sekali lagi menjadi mangsa kontroversi, kali ini dengan masalah kewangannya.

 

Walaupun pernah dianggap sebagai pelakon paling in-demand Hollywood, bintang filem Parent Trap itu menghampiri malang kemuflisan selepas beliau gagal untuk membayar sewa rumahnya di kota London, mengikut the Daily Mail. Peguam bagi tuan tanah rumah yang dianggarkan bernilai £3.5 juta itu telah mengeluarkan notis untuk menuntut hutang.

 

Dalam notis tersebut, tuan tanah menuntut hutang sewa selama enam bulan. Kira-kira £77,600 bakinya masih tertunggak. Jika Lindsay gagal untuk menebus rugi, peguam pihak tuan tanah akan membawa kes ini ke mahkamah pada awal bulan hadapan. Lindsay bukanlah orang asing apabila “mahkamah” diperkatakan. Sebelum ini beliau dibelenggu  kes-kes DUI, mencuri di samping pengunaan dadah.

 

Tiada komen atau kenyataan dari pihak Lindsay lagi setakat ini.

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah