Lady Gaga Meluahkan Perasaan Dalamannya - Glam Malaysia

Lady Gaga Meluahkan Perasaan Dalamannya

 Lady GAGA semasa sidang media pelancaran albumnya Joanne di Tokyo.

Lady Gaga semasa sidang media pelancaran albumnya Joanne di Tokyo.

 

Tahun ini sahaja Lady Gaga telah mencapai lebih daripada satu kejayaan dengan album terbarunya merupakan album keempatnya yang berjaya mencapai tempat pertama dalam carta Billboard 200, tawaran berlakon, akan membuat persembahan semasa Victoria’s Secret Fashion Show tidak lama lagi dan telah ditawarkan untuk membuat persembahan separuh masa untuk Super Bowl 2017.

 

Disebalik semua kejayaan-kejayaan beliau, ramai yang tidak tahu akan apa yang dilalui oleh penyanyi berbakat ini.

 

“Sebaik sahaja saya keluar menghadap dunia, saya menjadi milik semua orang,” beritahu Gaga semasa temubualnya dengan CBS Sunday Morning. “Ianya tidak salah untuk mengekori saya, saya tidak boleh menghubungi polis ataupun menyuruh mereka untuk pergi. Saya berifkir panjang dan berkata kalau saya tidak boleh bebas di luar sana, saya akan menjadi bebas di dalam ini,” tambahnya sambil menunjukkan dadanya.

 

 

Dalam temubual yang dirakam tersebut, Lady Gaga menjadi emosional sambil dia berborak mengenai impak popularitinya terhadap kehidupan sehariannya.

See also
Penyamaran Justin Bieber di Amsterdam Gagal

 

“Saya merindui semua orang. Saya merindui masa ketika saya boleh ke mana sahaja dan berjumpa orang secara rawak, bertegur-sapa dan berbincang tentang kehidupan. Saya suka [berjumpa] orang.”

 

Kemahsyuran Lady Gaga bukan sahaja memberi impak kepada kehidupan sehariannya malah turut memberi impak kepada hubungannya dengan tunangnya. Awal tahun ini, Gaga mengumumkan melalui Instagramnya bahawa dia dan tunangnya Taylor Kinney telah mengambil keputusan untuk “berehat” seketika.

 
https://www.instagram.com/p/BIEbofjjSUt/
 

“Saya rasa wanita bercinta dengan bsersungguh-sungguhnya. Kami cintakan lelaki. Kami bercinta dengan setiap kudrat kami dan kadang-kadang saya tidak tahu yang cinta itu ditemukan dengan maruah yang kita harapkan untuk serasi dengan cinta tersebut. Kami bukan nak membuat kamu less of a man. Kami hanya mahukan kamu untuk mencintai kami seperti mana kami mencintai kamu.”

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid