Lady Gaga, Harry Styles, Serena Williams, dan Alessandro Michele Bersatu Demi Met Gala 2019

Berita

Lady Gaga, Harry Styles, Serena Williams, dan Alessandro Michele Bersatu Demi Met Gala 2019

655

Masih lagi making a recovery daripada keindahan dan keanggunan tema tahun ini, Metropolitan Museum Of Art Costume Institute kini telah mengumumkan tema pameran mereka untuk tahun 2019; “Camp: Notes on Fashion” yang bakal dipamerkan bermula 9 Mei hingga 8 September 2019.

 

Kurator yang bertanggungjawab, Andrew Bolton dan Wendy Yu, telah merangka pameran ini berdasarkan esei oleh penulis ternama Susan Sontag yang berjudul "Notes on 'Camp'" yang mengajukan perbalahan ke atas konsep tersebut yang boleh diterjemahkan dalam pelbagai cara. Pilihan ini dibuat oleh Bolton berdasarkan ujah Sontag perihal konsep Camp sebagai "love of the unnatural: of artifice and exaggeration . . . style at the expense of content . . . the triumph of the epicene style," yang sekaligus menerangkan situasi di Amerika kini.

 

Menjejak asal usul perkataan ini daripada bahasa Perancis yakni kata kerja se camper yang membawa maksud memberi pose exaggerated. Dalam konteks hari ini pula, camp sering dikaitkan dengan budaya drag queenmenjolok mata, dibesar-besarkan, mengada-ada; kewanitaan atau homoseksual.

 

Sontag juga menyatakan "Camp lebih cenderung untuk tertarik dengan jenis seni tertentu dibandingkna dengan yang lain. Pakaian, perabot, kesemua elemen hiasan visual antara perkara yang membentuk Camp."

 

Bolton juga menyatakan satu tahap sofistikasi perlu dikecapi untuk benar-benar memahami konsep ini. "Camp kini sudah menjadi lebih mainstream dengan kejamakannya--political camp, queer camp, Pop camp, gabungan tinggi dan rendah, idea tentang kewujudan originality."

 

Pameran ini juga bakal dijayakan dengan kerjasama bersama Gucci. Pengarah kreatif Gucci, Alessandro Michele yang lebih dari gembira dengan konsep ini. Menyatakan bahawa esei Sontag "menzahirkan konsep camp dengan sempurna bagi diri saya: keupayaan unik menggabungkan seni tinggi dan budaya pop."

 

Apakah yang bakal dikenakan oleh golongan fesyen elit ini menjelang 6 Mei 2019? Well fikirkan gaya Cher, Elton John, dan Prince. Atau rekaan Franco Moschino, Jean Paul Gaultier, John Galliano, Thom Browne, dan Vivienne Westwood.

 

Tidak lupa juga The Cochairs untuk Met Gala 2019 bakal menampilkan Lady Gaga, Alessandro Michele, Harry Styles, Serena Williams, dan Anna Wintour.

2 of 7

Virgil Abloh untuk Off-White Pra-Luruh ’18

Your email address will not be published. Required fields are marked *