Kristen Stewart Bintangi Video The Rolling Stones - Glam Malaysia

Kristen Stewart Bintangi Video The Rolling Stones

Yes, she did!

 

 

Kristen Stewart telah menempa satu lagi pencapaian dalam kariernya! Pelakon filem Twilight itu telah membintangi video muzik kumpulan The Rolling Stones terbaru. Single berjudul “Ride ‘Em On Down” merupakan cover bagi lagu Eddie Taylor pada tahun 1995 dan diambil dari album terbaru kumpulan tersebut, yakni Blue and Lonesome.

 

Video tersebut menunjukkan Kristen menaiki kereta vintaj Mustang mengelilingi kota Los Angeles. Beliau kemudiannya dilihat membeli bir, menikmati lolipop serta berputar di stesen minyak. Seekor zebra juga dapat dilihat sepanjang video 3 minit itu.

 

“Saya terus bersetuju dengan idea tersebut kerana kumpulan tersebut, kereta Mustang 1960an, dan situasi bersendirian di tengah-tengah Los Angeles sememangnya sebuah idea yang menarik”, kata pelakon berusia 26 tahun itu.

 

Lihat video penuh di bawah!

 

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah