All Tea All Shade Kendall Jenner Terhadap Scott Disick dan Sofia Richie

Kendall Jenner Tidak Senang Hati Dengan Hubungan Sofia Richie Bersama Scott Disick

Jika sebelum ini Lionel Richie merasa tidak senang dengan status hubungan anaknya, Sofia Richie, bersama bekas teman lelaki Kourtney Kardashian, Scott Disick, kini Kendall Jenner pula menunjukkan ketidaksenangannya. Secara telus of course.

 

Hubungan Sofia Richie, 19, dan Scott Disick, 34, kekal teguh semenjak media melaporkan hubungan mereka semakin serius sejak Oktober yang lalu. Pasangan ini juga lebih kerap meluangkan masa bersama sejak mereka pulang daripada percutian peribadi di Mexico.

 

Lebih mengejutkan lagi apabila foto Richie meluangkan masa bukan sahaja bersama Disick, malah turut disertia oleh tiga anak Disick hasil hubungannya bersama Kourtney, Mason, lapan, Penelope, lima, dan Reign, tiga.

 

Foto-foto merek berlima meluangkan masa bersama telah dikongsikan oleh peminat kedua-dua belah pihak melalui media sosial dan Kendall Jenner juga tidak terlepas pandang foto-foto tersebut. Dia juga mengambil peluang ini untuk menyatakan pendapatnya tentang hubungan pasangan ini dengan komen penuh shade.

 

See also
Janet Jackson Bersuara Mengenai Penceraiannya Dan Juga Pengumuman Baru

Jenner meninggalkan komen “Awww Scott and his kids” pada akaun peminat Disick yang secara tidak langsung menggunakan faktor perbezaan umur antara Richie dan teman lelakinya itu.

 

Spicy Kendall is spicy.