Jessica Chastain Duta Haruman Terbaharu Ralph Lauren - Glam Malaysia

Jessica Chastain Duta Haruman Terbaharu Ralph Lauren

Foto: Ralph Lauren

Pelakon jelita, Jessica Chastain telah dinamakan sebagai wajah baharu kepada minyak wangian eau de parfum terbaru oleh Ralph Lauren, Woman by Ralph Lauren. Jessica, yang juga dikenali sebagai dermawan pemurah dikatakan bagai jelmaan ideal bagi visi jenama tersebut akan wajah kepada haruman terbaharu mereka. 

 

“Bagi saya, Woman menangkap intipati wanita yang moden,” kata Ralph Lauren dalam satu kenyataan melalui wakilnya. Haruman terbaharu ini menggambarkan visi Ralph akan seorang heroine dan wanita alaf ini: fearless namun tetap feminin, kuat dan ekspresif, dominan dan anggun.

 

Kempen Woman by Ralph Lauren diamanahkan kepada jurufoto, Steven Meisel buat versi cetak dan Philippe Le Sourd buat di televisyen. Dalam kempen tersebut, Jessica dilihat menggayakan tuxedo hitam serta busana gown yang direka khas buatnya untuk memberi gambaran kontras sifat kelembutan dan kekuatan haruman tersebut.

 

Woman terdiri daripada nota berkayu serta tuberose, memberi sentuhan maskulin dalam aroma lembut khas buat kaum Hawa ini. Woman by Ralph Lauren bakal dilancarkan kepada umum pada bulan Ogos ini di Macy’s dan butik Ralph Lauren pada harga $110 (RM470).

See also
Lady Gaga Menceritakan Pengalaman Hidup Dengan PTSD