Jessica Chastain Bimbang Dengan Perwakilan Wanita Selepas Cannes Film Festival

Berita

Jessica Chastain Bimbang Dengan Perwakilan Wanita Selepas Cannes Film Festival

53

Foto: Visual via ZUMA Press

Cannes Film Festival 2017 baru sahaja berakhir pada Ahad lalu dan sebagai salah seorang juri untuk festival berprestij ini, Jessica Chastain has something to say selepas menyaksikan 20 buah filem dalam tempoh 10 hari.

 

“Satu perkara yang saya dapat daripada pengalaman ini adalah bagaiman dunia melihat wanita, daripada watak-watak wanita yang saya lihat dimainkan, dan ia agak membimbangkan kepada saya, secara jujurnya,” nyata Chastain sewaktu upacara penutupan Cannes Film Festival 2017.

 

Chastain yang lazim dengan kelantangannya dalam mempertahankan hak wanita dalam dunia perfileman dan Hollywood turut dipersetujui oleh ketua juri Pedro Almodóvar.

 

 

Filem oleh Sofia Coppola, wanita kedua dalam sejarah festival tersebut untuk memenangi anugerah Pengarah Terbaik, The Beguiled yang secara terang mengobjektifikasikan pandangan wanita juga tidak menyentuh perasaan Chastain.

 

“Terdapat beberapa pengecualian dalam hal ini tetapi secara keseluruhannya saya sangat terkejut dengan perwakilan watak-watak wanita pada-skrin dalam filem-filem ini. Dan saya juga berharap apabila kita melibatkan lebih ramai pencerita wanita, kita akan mempunyai lebih wanita yang saya kenali dalam kehidupan seharian–mereka yang proaktif, mempunyai agensi sendiri, dan tidak membeirkan reaksi kepada lelaki di sekeliling mereka semata-mata. Mereka mempunyai sudut pandangan mereka sendiri.”

 

Antara filem paling nyata yang mengecewakan Chastain adalah sebuah filem berjudul Rodin oleh Jacques Doillon yang merupakan sebuah biopik August Rodin yang menggambarkan pengukir tersebut sebagai “lelaki genius yang menggunakan dan mendera wanita.”

 

Sudah bertahun Chastain terpaksa menghadapi diskriminasi hanya kerana dia adalah seorang, penerima anugerah Golden Globe ini sudah tidak segan lagi apabila terpaksa dengan situasi sebegini.

 

Chastain juga menyedari impak kata-katanya. “Saya tidak tahu kenapa masih tiada perubahan,” nyata Chastain kepada American March. “Saya sedang melakukan tugas saya untuk membuat perubaha, tetapi kenapa orang lain tidak?”

Your email address will not be published. Required fields are marked *