GLAM Deko Trend - Le Creuset Millenial Pink Cookware - Glam Malaysia

GLAM Deko Trend – Le Creuset Millenial Pink Cookware

Peminat tegar warna merah jambu perlu ambil perhatian! Jenama periuk memasak, Le Creuset memperkenalkan rangkaian terbaru periuk dan aksesori lain, Le Creuset Matte Sugar Pink.

 

Jenama ini pernah mengeluarkan rangkaian periuk dalam spektrum warna sama, koleksi Hibuscus pada musim bunga 2016. Namun, koleksi Matte Sugar Pink, Le Creuset kali ini tampil dengan kemasan legap dan berwarna merah jambu lembut.

 

Terdapat 23 item didalam koleksi feminis ini termasuklah kuali, coffeemaker, bakeware dan periuk sup. Item terkecil seperti sudu teh juga boleh dimiliki.

 

Jenama Le Creuset terkenal dengan rangkaian memasak berkualiti premium yang diperbuat daripada bahan besi tempawan (castiron), stoneware, silikon  dan seramik bersifat tahan lasak.