CEO Victoria Secret Letak Jawatan Ikutan Kontroversi

Berita

CEO Victoria Secret Letak Jawatan Ikutan Kontroversi

134

Sambil orang ramai sedang menunggu dengan terujanya untuk menyaksikan pertunjukan Victoria’s Secret Fashion Show 2018 2 Disember ini, CEO Jan Singer dilaporkan sudah meletak jawatan menurut laporan The Wall Street Journal.

 

Pemergian Singer menimbulkan syak wasangka daripada pihak umum kerana beberapa hari yang lalu Victoria’s Secret dilihat menghadapi  kontroversi dek kerana beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak mereka. Namun mengikut laporan yang sama, ia juga mungkin berkaitan dengan kejatuhan harga saham L Brands, ibu syarikat Victoria’s Secret, yang menyebabkan Singer membuat keputusan untuk turun daripada jawatan tersebut.

 

Kontroversi yang diperkatakan itu melibatkan Ed Razek, pengarah kreatif dan juga mastermind di sebalik setiap pertunjukan fesyen yang megah ini. Dalam satu temu bual bersama Vogue, Razek menyatakan model-model berbadan besar dan transgender tidak masuk dengan “fantasi” yang jenama mereka ingin persembahkan. Ikutan amarah pihak umum dengan kenyataannya itu, Razek memohon maaf atas kesilapannya itu dan mengaku bahawa golongan model-model yang diperkatakannya itu telah dijemput untuk menghadiri sesi uji bakat namun tidak ada yang terpilih. Ini hanyalah salah satu teori yang dikaitkan dengan pemergian Singer.

Your email address will not be published. Required fields are marked *