Blake Lively Baru Belajar Untuk Menerima Rupa Tubuhnya - Glam Malaysia

Blake Lively Baru Belajar Untuk Menerima Rupa Tubuhnya

Blake Lively semasa pertunjukan fesyen F/W 2017 Michael Kors
Foto: John Nacion

 

Pelakon menawan Gossip Girl dan Sisterhood of The Travelling Pants Blake Lively mungkin kelihatan seperti bidadari pada mata manusia biasa, tetapi sebenarnya dia sendiri baru sahaja belajar untuk menerima dan menyayangi badannya sendiri.

 

Blake menyatakan yang dia  sudah mula belajar untuk menyayangi tubuh badannya sejak beberapa bulan ini dan hal ini merupakan satu cabaran untuk dirinya sendiri.

 

Pelakon ini juga baru melahirkan anak keduanya bersama suami Ryan Reynolds pada bulan September yang lalu.

 

“Saya perlu kerap mengingatkan diri saya setiap kali saya mencuba sesuatu pakaian yang sudah tidak muat seperti dulu – atau tidak muat langsung! Anda perlu belajar memaafkan diri anda, untuk mengatakan, ‘Saya bekerja. Saya seorang ibu yang berdedikasi. Saya seorang rakan yang baik. Saya isteri yang baik.’ Cuba untuk tidak menyalahkan diri anda sendiri,” terangnya kepada Vogue.

See also
Putera Harry Dikhabarkan Bersama Meghan Markle

 

Ibu kepada dua orang cahaya mata ini juga akan memastikan prinsipnya ini akan diturunkan kepada James dan Ines.

 

Blake menyatakan yang dia mahukan anak-anakanya berupaya untuk bereksperimen dengan rupa mereka.

 

“Ini akan kedengaran seperti penipuan tetapi kecantikan itu memang datang dari dalam. Ia datang dari keyakinan. Ia datang daripada mereka yang menyayangi anda dan anda menyayangi diri sendiri.”