Bella Hadid Berkongsi Perasaan Sebenarnya Selepas Berpisah dengan The Weeknd - Glam Malaysia

Bella Hadid Berkongsi Perasaan Sebenarnya Selepas Berpisah dengan The Weeknd

Model Bella Hadid yang popularitinya kian meningkat dengan kemunculannya di atas pentas peragaan Minggu Fesyen New York akhirnya membuka cerita berkenaan perpisahannya bersama bekas teman lelakinya The Weeknd (Abel Tesfaye).

 

Foto: Jennifer Graylock

Pasangan tersebut berpisah beberapa minggu sebelum Bella muncul di atas pentas peragaan tahunan Victoria’s Secret dan ibarat permainan cinta yang nakal mereka ditemukan semula semasa The Weeknd membuat persembahan sewaktu Bella berjalan menggayakan pakaiannya.

 

Bella kelihatan sangat tenang selepas perpisahan mereka dan dia juga berterima kasih kepada bekas teman lelakinya itu untuk persembahannya pada malam itu melalui sekeping gambar di Instagram.

 

Dengan satu temubual bersama Teen Vogue Bella meluahkan perasaanya dan menceritakan bagaimana dia mengendalikan perasaan dan dirinya ikutan perpisahannya dengan The Weeknd.

See also
Duchess of Cambridge Diiktiraf Sebagai Jurufoto Oleh Persatuan Diraja

 

Foto: Larry Busacca/Getty Images

“Ini merupakan perpisahan pertama saya dan perpisahan ini menjadi pengetahuan umum. Sebagai orang luar, anda mungkin berfikir yang saya mengendalikan perpisahan ini dengan baik, tetapi perasaan itu sentiasa berada dalam hati anda, dan anda akan merasa keberatannya. Ini akan menjadi perkara yang sukar untuk saya buat seketika waktu. Cinta itu menyakitkan, tapi anda harus gagah,” terang model itu.

 

Perasaan Bella terhadap The Weeknd akan sentiasa berada bersamanya walaupun mereka tidak lagi bersama.

 

“Saya akan sentiasa menghormati dia dan saya juga akan sentiasa menyayangi dia,” Bella menyatakan.